Sunday, 9 October 2011

Felt Craft - hp charm

Salam buat semua pengunjung...

Masih lagi sibuk dengan menjahit pakaian dan manik untuk konsert tadika dan juga untuk Hari Raya Haji yang bakal menjelang tiba.....

Bagaimanapun masih lagi sempat menjahitkan tempahan hp charm yang di tempah oleh rakan-rakan anak perempuan saya....

Melelahkan tapi memuaskan kerana dapat mencurahkan segala idea yang terbuku di dalam minda ni agar tidak mereput di situ.....

Hahaha....tinggal di Manjung Perak ni otak pun dah hampir berkarat....maklumlah berdekatan dengan laut...di selaputi angin masin....

Hari ni tak ada mood hendak menulis di dalam Bahasa Inggeris...jadi visitors yang dari luar negara...harap maaf kerana terpaksalah anda menggunakan translation....














Kesemua hp charm ni harganya RM2.50 - RM3.50 setiap satu....kalau nak tempah bolehlah sms atau email saya.

Ada lagi order yang masih belum disiapkan....kena curi masa lah sikit..kalau tidak tak dapat nak update blog ni pulak.....


No comments:

Post a Comment