Wednesday 6 July 2011

Gubahan hantaran Hitam & Putih dan Silver

Gubahan hitam, putih dan silver ni sebenarnya salah satu projek barang terpakai kami. Ini adalah cara yang amat menjimatkan....elakkan pembaziran ok....jom kita kitar semula.....

Pengantin yang meminta kami buat gubahan ni beri kepada kami bakul, polysterine dan kotak plastik yang pernah digunakan dalam majlis perkahwinan rakannya....barang hantaran untuk pihak lelaki bukannya murahkan? Baju, kasut, jam.....semuanya mahal sekarang....



Ok. lihatlah hasilnya.....bakul yang dulu berwarna coklat (warna asal bakul tanpa dicat) kini bertukar menjadi putih. Balutan polysterine juga telah ditukar daripada organza kalau tak silap saya warna hitam....telah digantikan dengan anyaman kertas crepe untuk menjadikannya sedondon dengan anyaman bakul. Kotak plastik yang pernah dipakai selalunya akan kelihatan sedikit lusuh jadi kami tutupi dengan riben organza dikeliling dan jaluran riben di permukaan atas.

Hiasan bunga pula menggunakan kertas crepe berwarna silver. Harga yang dibayar oleh pengantin tersebut adalah RM15 sahaja bagi setiap satu. Terdapat 11 gubahan.....banyakkan dapat dijimatkan. Daripada RM500-RM1000 untuk 11 dulang hantaran.....setelah dijimatkan....tinggal hanya RM150 sahaja setelah ditolak diskaun RM15 untuk 11 dulang hantaran.....banyak tu.....hasilnya......dapat lihat tak yang ianya adalah produk recycle? Tidak kan.....tentu tak percaya kan.....tapi itulah kenyataannya.








Tempahan ni dibuat oleh...sorry nama tak boleh sebut.....dari Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Kepada pengantin tersebut...terima kasih kerana menyokong program kitar semula kami.....


Untuk lihat lebih banyak lagi gubahan hantaran....klik sini

No comments:

Post a Comment